Blog archive

2011年3月3日星期四

Penyelenggaraan Komputer

  SMK TUN MUTAHIR
 KELAB COMPUTER

GURU PENASIHAT
PN ROZITA BT MOHD SAAD

AHLI JAWATANKUASA

EVON LOY JIA CI
PENGERUSI

TAN WEI HAO
NAIB PENGERUSI

CHARLOTTE YEO CHIN FONG
SETIAUSAHA

WONG TIEN SIANG
PENOLONG SETIAUSAHA

TAN KIM GUAN
BENDAHARI

AJK
FOO CHIN SENG
CHOO WEE JIN
TAN HONG SOON
LIEW KAI SHENG
MUHAMAD AFFENDY BIN RAMLAN
MUHAMAD NURHAZRI BIN HANAPI

PEMERIKSA KIRA-KIRA
NOR NURUL AISYAH BT KASMANI
MUHAMMAD HANIF B. MAHRIFPIN


Pengenalan
Kelab Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir  telah ditubuhkan pada tahun 1998 apabila makmal Komputer mula beroperasi.
Ahlinya berjumlah 40 orang sahaja kerana komputer sekolah yang ada cuma 20 buah sahaja. Komputer ini adalah dibawah pentadbiran KDP (Komputer Dalam pendidikan).
Kelab komputer menjalankan aktivitinya pada setiap hari Rabu jam 1.10 petang hingga 2.30 petang.


MATLAMAT KELAB KOMPUTER
*Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
*Menyediakan kemudahan mendapatkan pengetahuan dan maklumat dengan segera melalui komputer (internet).
*Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan.
*Kelab Komputer sebagai tempat untuk kegiatan pengajaran dan pembelajaran.
*Membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang memetingkan keilmuan, dinamik, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar-pelajar di sekolah dan di kalangan masyarakat.
*Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falasafah Pendidikan dan Rukun Negara.
*Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang para pelajar perolehi dalam kelas.
*Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran para pelajar dalam bidang-bidang berkomputer.
*Mengadakan program penggunaan komputer untuk para pelajar dan pendidik.
. *Memberi khidmat penerbitan bahan pengajaran dan pembelajaran berkomputer dan pengembangan untuk warga sekolah.
*Membina dan meningkatkan minat dan bakat para pelajar di bidang komputer.
*Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendidikan antara sekolah-sekolah bestari dengan sekolah-sekolah biasa.
*Kemudahan pengumpulan, penyimpanan, penyebaran dan pengurusan segala maklumat melalui komputer untuk keperluan pendidik dan para pelajar.
*Kelab Komputer sebagai tempat untuk berlatih dan mendorongkan pendidik dan pelajar dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk mengguna pendekatan berkomputer.
*Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah.
*Menggalakkan penggunaan komputer dalam pengajaran dam pembelajaran oleh murid dan guru. Komputer sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang lebih berkesan.
*Menghasilkan media dalam pengajaran dan pengajaran melalui komputer agar pelajar lebih berminat untuk belajar.
*Membantu para pendidik dan pelajar    
      mempelbagaikan kaedah pengajaran  
     selaras dengan pendekatan melalui   
     komputer.



VISI KOKURIKULUM

Smk Tun Mutahir pemangkin budaya ilmu dan kerja cemerlang  dalam persekitaran seklah yang indah, bersih dan selamat


MISI KOKURIKULUM

v  Berusaha melahirkan insane yang berilmu, berdisiplin dan berhemah tinggi

v  Membentuk pelajar sebagai individu yang berkebolehan, berkemampuan dan berbakat di dalam pelbagai bidang

v  Mengamlkan budaya ilmu dalam kehidupan

v  Mewujudkan suasana yang harmonis antara pentadbir, guru, pelajar dan ibu bapa.




Objektif
  • Menjadikan pelajar celik komputer.
  • Memberi peluang kepada pelajar menghasilkan daya kreativiti mereka.
  • Membuka minat pelajar agar mengenali ruang siber lebih luas.
  • Supaya pelajar dapat menggunakan komputer dan mencari maklumat mengenainya.

没有评论:

发表评论